Blog List

http://www.facebook.com/pages/Ayat-takleh-blah/193241157386009

Sunday, May 15, 2011

Ketibaan UFO di MALAYSIA 2011 ATAU 2012

DIRINGKASKAN:TAHUKAH anda bahawa kemunculan UFO di bumi berlaku dalam bentuk bermusim?Apa yang dimaksudkan ialah adakalanya,fonomena kenampakan UFO akan tertumpu di suatu kawasan geografi sahaja dan tidak di kawasan lain.Misalnya,di kawasan Asia Tenggara,jarang ada penemuan UFO.Kemudian,secara tiba-tiba,ramai pula orang yang melaporkan mereka terlihat UFO di kawasan berkenaan.Selepas beberapa minggu suasana menjadi sunyi sepi kembali.Dalam tempoh itu,tidak seorang pun yang mendakwa melihatnya lagi.Keadaan inilah yang dinamakan sebagai musim UFO satu istilah teknikalnya UFO waves.




Dalam hal Musim UFO,Malaysia juga nampaknya tidak pernah terkecuali daripada bahangnya.Pada bulan Ogos 1970,satu musim UFO telah berpusat di Bukit Mertajam,Pulau Pinang.Banyak penemuan telah dilapaorkan berlaku.UFO dan makhluk dan makhluk asing telah dilaporkan berlaku.UFO dan makhluk asing telah juga dilihat di Kulim dan Alor Setar Kedah.Musim UFO yang berlaku ini memakan masa selama seminggu dan merebak hingga ke Rawang,Selangor.


Sembilan tahun Kemudian,Malaysia sekali lagi menerima kedatangan UFO pada tahap luar biasa.Ia seakan-akan menjadi tahun Melawat Malaysia!Musim UFO pada tahun 1979 merangkumi  bahagian utara semenanjung Malaysia dan juga kawasan tengah dan selatan Filipina.Makhluk Asing bersaiz kecil telah dilihat beberapa kali di Sungai Petani,Kedah.UFO dan makhluk asing ini juga telah mendarat di kampung Memban Hilir,Negeri Sembilan.Di lain-lain lokasi di Semenanjung Malaysia,hanya UFO yang bercahaya dilihat melayang-layang di udara.


Pada jangka waktu yang sama,ramai saksi-saksi di Filipina turut melihat UFO yang bercahaya di langit malam.Kita perlu ingat,semua saksi-saksi di Malaysia dan Felipina tidak mengetahui tentang UFO yang muncul di tempat masing-masing.Tidaklah ini menunjukkan bahawa mereka semua melihat sesuatu yang sama yang menceroboh ruang udara Bumi dalam waktu yang sama?


Selepas Eropah,pergerakkan musim UFO akan beralih ke Hemisfera Timur untuk melintasi kawasan Asia.Jika ia melintasi kawasan Asia Tenggara,maka besar kemungkinan akan terjadi musim UFO di Malaysia.Selepas melepasi zon Asia,musim UFO akanmuncul semula di Amerika Latin.Perolehan lokasi ini,kita lihat,membuat satu pusingan sekeliling Bumi yang memakan masa di antara 9 hingga 11 tahun.Jadi Purata pusingan musim  UFO adalah 10 tahun,campur atau tolak 1 tahun.


Berdasarkan kepada pemerhatian ini,kita boleh menganggar bilakah musim UFO akan melintasi kawasan Asia Teggara.Jika kita mengambil panduan dari taun 1970,tahun berikutnya ia akan melintasi Zon Asia Tenggara ialah 1980.Walau bagaimanapun musim yang dijangkakan itu telah tiba setahun lebih awal iaitu pada 1979 di mana Musim UFO telah melanda Semenanjung Malaysia dan Filipina.Musim seterusnya patut berlaku pada 1989 atau 1990.Tetapi pada tahun tersebut ia telah berlaku kelewatan satu tahun.


Tetapi pada tahun 1991 ia tidak melintasi Asia Tenggara kerana Treknya mungkin melintasi Lautan Hindi atau Lautan Pasifik.Jadi tiada musim UFO telah dicatatkan.Putaran 10 tahun berikutnya ialah pada 2011.malangnya sakali lagi treknya tidak melintasi Malaysia.Jadi musim berikutnya yang boleh kita ramal akan terjadi Musim UFO di Malaysia ialah pada TAHUN 2011 ATAU 2012.Sama-samalah kita tunggu sama ada UFO akan memilih Malaysia sebagai tumpuan utama atau tidak pada tahun tersebut.

2 comments:

Minat sangat dengan berita UFO ni sebab nak tahu sama ada ianya betul wujud atau rekaan semata-mata. Kalau dapat jumpa lagi seronok.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More